Selamat datang ke blog 'Rangkaian Gano E Worldwide'. Untuk makluman, laman ini bukan laman web rasmi Gano E Worldwide Sdn Bhd (GEWSB). Laman ini diwujudkan atas inisiatif individu sebagai medium alternatif untuk menyampaikan maklumat berkaitan produk-produk GEWSB. Namun pemilik laman adalah ahli sah yang mendaftar dengan GEWSB sebagai agen.

Terima kasih.

Pentadbir Laman

Produk

Gano E-Worldwide Sdn Bhd (GEWSB) mempunyai pelbagai jenis produk kesihatan untuk dimiliki. Sehingga hari ini, produk-produk GEWSB telah terbukti berkesan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit dari berlaku malah produk-produk ini mampu merawat dan memulih pelbagai jenis penyakit.

Produk-produk yang dikeluarkan adalah selamat untuk digunakan kerana mendapat pelbagai sijil-sijil dan pengiktirafan sama ada dari dalam dan luar negara. Oleh itu, produk-produk ini boleh digunakan tanpa was-was dan semestinya HALAL untuk pengguna yang beragama Islam.

Kesihatan dan Kesejahteraan

Reishi Gold

Reishi Gold merupakan antara produk GEWSB yang paling laris dalam kesemua rangkaian produknya. Diperbuat daripada Ganoderma Lucidum segar, ia mudah larut di dalam tubuh selepas diambil. Sudah pasti ia merupakan produk terbaik untuk anda dan keluarga dalam mengekalkan kesihatan yang optimum.

Khasiat Kesihatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.
  • Mengimbang tahap gula di dalam darah.
  • Membantu membersihkan pengeluaran toksik dalam tubuh.
  • Membina ketahanan melawan alahan.
  • Mengurangkan kolestrol dan lemak.
  • Menghalang sistem peredaran darah dari tersumbat dan mengimbang tekanan darah.


Cara Penggunaan
Diambil 1-2 kapsul dua kali sehari. Bagi tujuan terapautik (memulih), ambil sehingga 6 kapsul sehari. Ambil selepas makan bagi pesakit gastrik dan ulser. Untuk mendapat kesan terbaik, ambil bersama Excellium Gold.


Excellium Gold


Seperti Reshi Gold, Excellium Gold juga merupakan rangkaian produk yang paling laris keluar syarikat kerana khasiatnya.

Ia mengandungi elemen-elemen aktif Ganoderma Lucidum dan kaya dengan pelbagai protein, enzim dan mineral yang amat penting untuk kegunaan seharian tubuh badan kita. Excellium Gold mudah larut apabila diambil ke dalam tubuh badan.


Khasiat Kesihatan
  • Menguatkan sistem imunisasi tubuh badan.
  • Menghapuskan toksin.
  • Penting untuk perkembangan dan fungsi otak.
  • Menggalakkan pengeluaran enzim, antibodi dan hormon.
  • Membina sel baru dan mengembalikan tisu yang rosak.


Cara Penggunaan
Diambil 1-2 kapsul dua kali sehari. Bagi tujuan terapautik (memulih), ambil sehingga 6 kapsul sehari. Ambil selepas makan bagi pesakit gastrik dan ulser. Untuk mendapat kesan terbaik, ambil bersama Reshi Gold.


Cordy Gold


Kaum Cina menyebut Cordyceps sebagai 'Dong Chong Xia Cao' yang diterjemahkan sebagai 'Ulat Musim Sejuk, Rumput Musim Panas'. Ianya sering ditemui di altitud yang tinggi penara tibet.

Cordyceps jarang ditemui dan sangat mahal. Dengan menggunakan kemajuan bioteknologi yang terkini, GEWSB telah berjaya menanam cordyceps organik.

Untuk membantu badan menyerap nutrien, Cordy Gold diekstrakkan daripada Cordyceps sinesis yang 'Larut Air'. Cordy Gold mengandungi unsur-unsur aktif seperti cordycepin, asid cordycepic, adenosina dan polisakarida, yang mempunyai ciri-ciri kesihatan unik untuk mengawal pelbagai fungsi di dalam badan.

Khasiat Kesihatan
  • Meningkatkan sistem imun dan metabolisme.
  • Meningkatkan fungsi paru-paru dan pernafasan.
  • Meningkatkan fungsi seksual dan buah pinggang.
  • Menambahkan tenaga dan stamina.
  • Anti-tumor.
  • Anti-penuaan dan anti-oksida.


Cara Penggunaan
1-2 kapsul dua kali sehari untuk dewasa dan setengah sukatan untuk kanak-kanak.

iNacordy Plus


iNacordy Plus ialah gabungan Natto, Cordyceps dan Yis Merah yang hebat. Natto adalah kacang soya ditapai yang berkhasiat dan terkenal dari Jepun.

Natto mengeluarkan enzim nattokinasa iaitu enzim fibrinolitik yang kuat untuk membantu badan mencairkan darah beku yang memudaratkan. Cordyceps dan Yis Merah adalah herba Cina terkenal yang menghasilkan kesan peningkatan kesihatan yang luas dan mendalam yang menjadikan kehdupan sihat bertenaga.

Khasiat Kesihatan
  • Mencairkan dan mengelak pembentukan darah beku yang memudaratkan.
  • Menghindari serangan jantung atau strok.
  • Meningkatkan fungsi paru-paru dan pernafasan.
  • Memperbaiki fungsi buah pinggang yang membawa kepada kawalan fungsi hormon.
  • Melancarkan peredaran darah.

Cara Penggunaan
Ambil 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada waktu malam. Kepada mereka yang mengambil warfarin, pencair darah yang lain, ibu-ibu mengandung atau menyusu, perlu mendapat nasihat pakar perubatan sebelum menggunakan produk ini.

iRoyale


iRoyale adalah gabungan sempurna Royal Jelly dan Miselium Ganoderma Lucidum yang merupakan sumber kaya dengan nutrien, mineral, vitamin A,C,D dan E, enzim, hormon, asid amino dan tenaga.


Royal Jelly adalah cecair putih susu yang pekat dan berkhasiat dihasilkan khas oleh lebah pekerja khususnya untuk dijadikan makanan larva muda dan permaisuri lebah.



Khasiat Kesihatan
  • Meningkatkan kekuatan mental dan ingatan.
  • Memperbaiki sistem saraf dan mengurangkan tekanan.
  • Meningkatkan sistem imun tubuh badan.
  • Menambah kekuatan kuku, rambut dan menyerikan warna kulit.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka.


Cara Penggunaan
1-2 kapsul dua kali sehari. Produk ini mungkin mengakibatkan alergi. Wanita mengandung atau menyusukan anak, perlu mendapat nasihat pakar perubatan sebelum mengambil produk ini.

iColostria

iColostria dihasilkan daripada Kolostrum dan Miselium Ganoderma Lucidum. Kolostrum adalah cecair awal dihasilkan sebelum susu-susu di dalam kelenjar mamari semasa 6 jam pertama selepas kelahiran.

Komponen-komponen Kolostrum yang terpenting adalah faktor-faktor imun (imunaglobin) dan faktor-faktor tumbesaran (insulin). iColostria sesuai untuk seisi keluarga kerana kaya dengan nutrien.



Khasiat Kesihatan
  • Memperkuatkan sistem imun.
  • Menyelaras metabolisme protein, karbohidrat dan lemak.
  • Membantu membaik pulih dan membentuk semula tisu-tisu lama atau rosak.
  • Mengurangkan simptom-simptom penuaan.
  • Membantu perkembangan dan fungsi otak.


Cara Penggunaan
Campurkan satu uncang dengan air suam (100ml) dan kacau. Jangan guna air panas.



Tenaga dan Pengurusan Berat Badan

iDetox -kg Foot Patch

Hidup dalam persekitaran yang kini begitu tercemar, pendetoksinan yang kerap telah menjadi satu kemestian dan menjadi asas unutk mengekalkan kesejahteraan merangkumi minda dan badan kita.

Kini anda boleh mengeluarkan toksin-toksin merbahaya daripada tubuh badan anda dan mengurangkan berat badan yang berlebihan semasa tidur!

iDetox Foot Patch mengandungi cuka kayu, cuka buluh, tourmaline, chitosan, cendawan Agaricus, Aprikot, kunyit dan lain-lain.

Khasiat Kesihatan
  • Mempertingkatkan sistem limfatik.
  • Mengurangkan toksin yang merbahaya.
  • Meningkatkan kadar metabolik.
  • Menghilangkan retensi air dan berat badan berlebihan.
  • Mengurangkan kesakitan dan bengkak.


Cara Penggunaan
Lekatkan dan ratakan pad pada tapak kaki anda untuk 8 jam sebelum menanggalkannya. Untuk hasil terbaik, pakai ketika hendak tidur.

iGarcino

iGarcino ialah gabungan buah-buahan tropika asli (Garcinia Astroviris dan Tamarindus Indica) dan ganoderma Lucidum. 

iGarcino mengandungi asid hidrosisitrik (HCA) yang menghalang pertukaran karbohidrat kepada lemak yang tidak dikehendaki di dalam badan dan menahan keinginan untuk makan. Ianya produk yang tepat untuk mengurangkan berat badan.

Khasiat Kesihatan
  • Menghalang badan daripada mengumpul lemak yang berlebihan.
  • mengawal selera makan.
  • Mengawal tahap kolestrol.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Memperkukuhkan sistem penghadaman.


Cara Penggunaan
3-4 kapsul sehari dua kali sehari sebelum makan. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan boleh mengambil 5-8 kapsul.

Blue Pe'rl

Sejak zaman Maharaja Rom lagi, tiram telah dikenali sebagai afrodisiak yang berkesan untuk lelaki kerana sumber zink yang baik.

Blue Pe'rl kaya dengan peptid, asid amino, vitamin dan mineral dan juga merupakan antara produk syarikat yang laris.

Khasiat Kesihatan

  • Mengawal metabolisme hormon lelaki.
  • Menghalang prostat daripada membesar.
  • Menggalakkan dan menyokong fungsi seksual yang sihat.
  • Membantu meransangkan aliran haid.
  • Membantu meluaskan pembuluh darah dan melancarkan peredaran darah.

Cara Penggunaan
1-2 kapsul sehari, 1-2 kali seminggu. Mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan laut mungkin tidak sesuai dengan produk ini.

iSakanno Plus

iSakanno Plus diperbuat daripada gabungan Tongkat Ali (Eurycoma longifolio Jack). Tongkat Ali berasal dari Malaysia sering digelar 'Ginseng Malaysia'. Bahan kandungan yang aktif seperti quassinoid pada lazimnya terdapat pada akar.

Tongkat Ali telah digunakan berkurun lamanya di dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan tenaga, stamina, kecergasan dan kekuatan semasa aktiviti seksual.

Khasiat Kesihatan
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Menambah kekuatan dan stamina.
  • Menigkatkan fungsi seksual.
  • Membaikpulih sustem saraf.
  • Memulihkan selera makan dan fungsi sistem penghadaman.

Cara Penggunaan
2 kapsul dua kali sehari.

Sovital Gold


Sovital Gold adalah minuman segera berkhasiat kaya dengan ekstrak Ganoderma Lucidum, kalsium organik, spirulina dan vitamin B. Ia telah diformulasi untuk kesihatan dan sesuai untuk keperluan pengguna pada masa kini.

Sovital Gold mengandungi protein soya, protein kacang yang tulen dan serat. Ia membantu meningkatkan rasa kenyang. Protein soya boleh membantu untuk mengurangkan tahap LDL (Low-density Lipoprotein) atau unsur yang membawa protein di dalam darah.

Sovital Gold mengandungi asid-asid amino: lisin dan arginin. Ia membantu merampingkan berat badan dan mengurangkan lemak. Ia juga membantu mengelakkan osteoporosis dan meningkatkan kandungan mineral di dalam tulang.


Khasiat Kesihatan

  • Memberi keseimbangan nutrien.
  • Membantu mengurangkan berat badan.
  • Membantu penambahan Kalsium dan juga menghindarkan osteoporosis.
  • Tanpa kolestrol.
  • Kalsium sangat tinggi.
  • Terdapat vitamin B1,B2,B3,B9,B6 dan vitamin C.

Cara Penggunaan
Sebungkus untuk secawan. Curahkan air suam (100ml) dan kacau / goncang sebelum minum.



    Minuman

    iGano Tea

    iGano Tea berperisa, bebas kafein, manis dan pilihan yang sihat untuk penggemar teh. Minuman ini mengandungi Teh Rooiboos dan Ganoderma Lucidum.

    Teh Rooibos atau teh SOD diperbuat daripada daun dan tangkai pokok Aspalathus Linearis, tumbuhan rendah dan rimbun yang berasal daripada Afrika Selatan.

    Khasiat Kesihatan
    • Meneutralkan radikal-radikal bebas dengan anti-oksida yang kuat.
    • Memperkuatkan sistem ketahanan badan.
    • Mengurangkan keresahan, sakit kepala dan insomnia.
    • Menjadikan kulit muda dan menyegarkan badan.
    • Mengurangkan ketidakselesaan perut dan masalah penghadaman.

    Cara Penggunaan
    Satu uncang untuk satu cawan. Tuangkan air panas dan rendam selama 2-3 minit.

    iOstrea Café

    iOstrea Café adalah gabungan eksklusif ekstrak Ganoderma Lucidum, kopi dan serbuk tiram. Ianya kopi yang lazat dan beraroma padat dengan kelebihan kesihatan.

    Khasiat Kesihatan
    • Membantu mengurangkan simptom-simptom berkaitan masalah prostat.
    • Membantu menyihatkan arteri, vena serta melancarkan peredaran darah.
    • Meningkatkan fungsi seksual.
    • Memperkuatkan sistem imun badan.
    • Menambahkan tenaga.

    Cara Penggunaan
    Satu uncang untuk satu cawan. Tuangkan air panas dan kacau. Maksimum 4 uncang seminggu.

    iSupremo Café

    iSupremo Café merupakan satu lagi pilihan kepada penggemar kopi yang mana ia lazat dan berkrim. Ianya lemak dan merupakan campuran beberpa jenis kopi terpilih yang diperkayakan dengan ekstrak Ganoderma Lucidum, Tongkat Ali dan Ginseng.

    Ia secawan kopi sempurna yang padat dengan kelebihan kesihatan.

    Khasiat Kesihatan
    • Menambahkan stamina dan tenaga.
    • Melancarkan peredaran darah.
    • Memperkuatkan sistem imun.
    • Membina ketahanan terhadap alahan.

    Cara Penggunaan

    Satu uncang untuk satu cawan. Tuangkan air panas dan kacau.



    Penjagaan Diri

    iCleanse Body Bar

    iCleanse Body Bar bukan sekadar sabun mandian biasa. Ia dirumus khas daripada gabungan Ganoderma Lucidum dan susu kambing yang tinggi dengan vitamin E. Sabun ini dapat menanggalkan lebihan minyak dan kotoran sepenuhnya dengan serta merta tanpa mengeringkan atau merengaskan kulit anda. iCleanse bukan sahaja mengembalikan kesegaran kulit, ia juga membantu menghindari alahan.




    iWhite Facial Bar

    iWhite Facial Bar adalah sabun kecantikan yang dihasilkan 100% daripada minyak tumbuhan asli dan agen-agen yang bebas-haiwan, gabungan ekstrak Ganoderma Lucidum, Aloe Vera dan betik menjadikannya sabun muka yang sempurna. Sabun yang lutsinar ini mempunyai pH yang lembut dan bertindak sebagai emolien asli, membersihkan liang-liang kulit secara mendalam, sangat larut air dan membentuk buih yang banyak. Ia membantu melindungi kulit daripada rasa rengas.



    iSpring Dental Gel

    iSpring Dental Gel diperkaya dengan ekstrak Ganoderma Lucidum, perasa pudina yang menyegarkan dan bahan-bahan asli lain. Ia pilihan terbaik untuk kesihatan gigi kerana ia membersih secara lembut, menyegarkan dan menyihatkan gigi, mulut dan gusi.








    Bio Tenaga

    iCrystal Energy Pendant

    iCrystal ialah produk inovatif yang dihasilkan daripada gabungan ekslusif batu-batu dan mineral-mineral semulajadi dari seluruh dunia. Berdasarkan teknologi bio-tenaga terkini dari Jepun. Ciri-ciri dalaman iCrystal yang unik boleh mengumpulkan, menumpukan dan mengeluarkan satu spektrum Tenaga-Bio yang menyihatkan seperti Far InfraRed (FIR) yang berfungsi secara Bio dan lebih daripada 2500 ion/cc Negatif untuk mengimbangkan semula keadaan fizikal, mental, emosi dan spritual kita.

    Selain memulihkan keseimbangan asli badan kita, ia juga boleh mengurangkan kesan-kesan negatif medan elektromagent (EMF-Electromagnetic Fields) yang dihasilkan oleh telefon bimbit, komputer dan alat-alat elektrik yang lain.

    Khasiat Kesihatan
    • Mempertingkat edaran darah dan fungsi kardiovaskular.
    • Meneutralkan radikal-radikal bebas.
    • Meningkatkan sistem imun tubuh badan.
    • Membersihkan darah kita dan menjadikannya sedikit beralkali.
    • Menggalakkan metabolisme sel yang menambah pengambilan nutrien sel dan penyahtoksin hasil buangan sel.
    • Mempercepatkan pemulihan dan membantu tidur lena.
    • Meningkatkan tenaga.
    • Memperkuatkan medan bio-elektrik badan yang boleh mengurangkan kesan negatif EMF.
    • Menambah kesihatan mental dengan meningkatkan daya tumpuan, kesedaran dan mengurangkan tekanan.
    • Membantu mengurangkan kesakitan.


    Cara Penggunaan
    Pakai iCrystal sebagai hiasan leher atau bawa bersama anda ke mana-mana sahaja di dalam poket.

    iWell Anti-Oxidant Water

    iWell ialah Pengubahsuaian Air Mineral Alkali dan Anti-Oksida yang mudah alih yang direka untuk digunakan pada bila-bila masa, di mana sahaja. Air iWell mampu meneutralkan asid pada badan kita dan menghasilkan ion-ion hidrogen aktif yang bertindak sebagai anti-oksida yang berkesan. Selain itu, ia menukar air minuman menjadi alkali dan mengubah struktur air untuk memaksimakan penyerapan dan prnghidratan. Air iWell juga membekalkan perlbagai mineral yang penting untuk badan. Secara amnya, air iWell menawarkan banyak manfaat kesihatan seperti membersihkan toksin, menghidratkan sel badan dan menambahkan tenaga.

    Khasiat Kesihatan
    • Memulihkan sembelit kronik.
    • Mengawal tekanan darah dan tahap gula di dalam darah.
    • Mengelak ostoeporosis dan kalsifikasi.
    • Anti-oksida (anti-penuaan)
    • Menghilangkan bau najis yang tidak menyenangkan.
    • Mengelakkan pengasidan cecair dalam badan.
    • Membantu badan menyerap nutrien dan menyahtoksin
    • Anti-kanser.

    Cara Penggunaan
    Masukkan air ke dalam iWell dan tinggalkan selama 5 minit dan kemudian minum. Penggunaan air suling akan memanjangkan jangka hayat batu-batu mineral. Jangan guna air panas. Hanya guna pencuci yang disediakan untuk mencuci dan mengaktifkan semula batu-batu mineral dari masa ke semasa.